Tuesday 26 February 2013

Jodoh (Astro Ria)


MI just nak share dengan y'all pasal rancangan yang MI tengah minat sangat-sangat sekarang ni kat Astro Ria. Menampilkan dua orang pelakon ni sebagai pelakon utama.

Ganaz sungguh Scha. Pelakon utama: Dazrin Kamarudin

Inilah drama terbaru kat Astro Ria berkonsepkan reality show - Jodoh. Turut menampilkan Susan Lancaster yang berlakon sebagai Pengarah dalam rancangan realiti Jodoh.

Serius sangat kelakar ok. Baru 3 episod (as of 25-Feb 2013) tapi jalan cerita dah semakin menarik. Tak sabar nak tunggu every monday to watch this!

Jangan lupa y'all - Isnin. (9 malam). Astro Ria 104.

My favorite girl sebenarnya Ana. Sebab dia sangat comel tapi dalam drama ni watak dia macam jenis tak confident gitu and suka nanges. Scha sebagai Olly sebagai peserta bidan terjun yang super kelakar. Memang Olly la yang menghidupkan cerita ni, kalau tak, maybe tak berapa menarik kot. Bila Olly ade, tetiba semua orang nampak best.

Ana yang paling kiri sekali. Baju kuning (Katya). Polka dot (watak paling ceria - kelakar jugak).



Thursday 21 February 2013

Kisah Hangat Fizz Fairuz-Azlyn Massiela

Tiada cerita yang lebih menggemparkan sekarang ni selain gosip yang melanda pelakon Fizz Fairuz berkenaan dirinya dan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26 yang baru-baru ini bertunang dengan Fizz Fairuz.

Belum reda cerita Fizz Fairuz dengan Almy Nadia yang pernah hangat bercinta 7 tahun itu, tiba-tiba digemparkan berita Fizz bertunang dengan wanita misteri itu pada 10 Februari lalu di rumah keluarga Azlyn di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang. Dikatakan wanita itu sebenarnya adalah peminat kelab Fizz Fairuz sendiri.

Jom layan gambar pertunangan mereka.

Inilah Azlyn Massiela, dikenali sebagai Lynn

 
Gambar ini memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin kepada Lynn

Dalam gambar ini Fizz sendiri yang menyarung cincin. Ini agak pelik, bukan?

Seminggu selepas pertunangan itu, Fizz tampil memberikan kenyataan yang dia memutuskan pertunangannya setelah mengetahui Lynn sebenarnya telah berkahwin, dan merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Fizz mendakwa mengetahui berita tersebut dari adik bekas tunangnya sendiri dan kemudian telah menemui suami Lynn sendiri untuk mengesahkan cerita tersebut. 

Namun Fizz turut menambah bahawa segala tindakannya adalah disebabkan terkena 'buatan' orang (sihir). Fizz mendakwa hidupnya seolah-olah diatur sejak mula mengenali bekas tunangnya.

Rentetan dari kenyataan Fizz, sehari kemudian Lynn telah memberi kenyataan balas di media (Berita Harian) mengatakan bahawa dirinya tidak pernah berkahwin dan masih dara. Berikut adalah kenyataan Lynn:


“Saya tergamam dan menangis. Tergamak dia mengeluarkan tuduhan sedemikian. Pelik sebab tanpa usul periksa, dia berani menjatuhkan maruah saya dan keluarga.

Saya berani menyatakan tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya terus kepada ibu bapa mengenai status saya. Kalau pun saya sudah berkahwin di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum-hakam.

Dia juga pernah ke rumah bapa saudara saya di Bukit Jelutong dan saya turut memperkenalkannya kepada ibu saudara saya. Jadi mustahil dari situ dia boleh kata tak tahu latar belakang saya.

Kali terakhir kami bertemu ketika meraikan ulang tahun emak Fizz di Plaza Damas dengan adik beradiknya dan di Shah Alam bersama ahli keluarga lain, termasuk kakak saya, dia macam biasa saja. Malah sebelum pulang ke Kuantan dia sempat mengucapkan ‘I love you’.
Hingga kini saya binggung apakah saya masih tunangnya atau tidak.
Saya malu kerana diperbodohkan. Cuba bayangkan perasaan orang tua saya. Keluarga saya orang baik-baik, kenapa mahu menghina kami seteruk ini.
Paling teruk dia mengaku terkena sihir. Tolonglah! Tidak perlu keluarkan kenyataan macam itu. Selama ini saya sayang dia seadanya dan berharap dia menerima saya juga seadanya.”
Mengikut satu sumber lain, dikatakan keluarga Lynn sudah mengupah seorang peguam untuk meneliti rekod perkahwinan di selatan Thailand.

Ramai yang semakin pening kepala dengan cerita terbaru ini. MI cuba meriki siapa usahawan 40 tahun yang tampil mengaku suami kepada Lynn ini. MI tertanya sama ada benarkan insan ini wujud atau cuma rekaan Fizz semata-mata? Beautiful Nara melaporkan mereka berkahwin di Thailand dan tidak memaklumkan kepada ahli keluarga Lynn dan dirahsiakan dari isteri pertamanya. Usahawan ini turut mendakwa tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama.

Lebih mengejutkan bila usahawan ini mengatakan Lynn 'sakit' akibat hilang ingatan selama 8 bulan dan mendakwa Lynn berbuat demikian (bertunang) kerana kurang perhatian dari dirinya.

Kenyataan dari ketiga-tiga pihak ini bercanggah (kecuali usahawan memihak kepada Fizz Fairuz). Yang MI tahu, salah seorang pasti menipu. Kita lihat sahaja nanti apa kesudahannya. MI doakan yang tidak bersalah menerima kesudahan yang baik.

Jom layan gambar-gambar lain.



Sumber: Internet







Sunday 17 February 2013

Hati-hati Membuat Pinjaman Untuk Orang Lain

Selalunya MI akan bercakap tentang makanan dan tempat shopping. Tapi kali ni nak nyelit sikit pasal satu isu rumah tangga based on pemerhatian dan pengalaman MI dan cerita kawan-kawan MI.

Pasti ramai sedar bahawa dengan ikatan perkahwinan, maka, ahli keluarga semakin bertambah. Paling utama di sini dah tentu lah ibu mertua, ayah mertua, adik beradik (ipar) dan biras (suami/isteri adik beradik ipar). Itu belum masuk kalau sudah ada anak buah lagi, dah tentulah makin ramai dan lebih meriah kan?

Untuk zaman yang mencabar ni, bagi MI, bila makin banyak orang, makin banyaklah ragamnya. Lain orang, lain hati. Lain kepala, lain cara. Bagi yang dah berpengalaman tu pasti faham apa maksud MI.

Seorang kawan MI baru-baru ni bercerita tentang keluarga sebelah suaminya yang memintanya apply loan (MI tak nak beritahu di sini loan apa). Kalau kata tidak, nanti dikata. Nak beri, jadi satu komitmen pula. Begitulah dilema kawan MI yang pening mahu buat keputusan. Setelah dipujuk suami, kawan MI ni pun tolong buatkan pinjaman untuk menolong keluarga suaminya. Namun, selepas pinjaman dibuat, keluarga si suami tidak menghargai pengorbanannya termasuklah si suami yang mengada-adakan cerita tentang dia sehingga kawan MI ni geram sangat sehingga keluar dari rumah sebab dah tak tahan lagi nak menahan kekecewaan terhadap suami dan keluarganya. 

Pengakhirannya, kawan MI tu pulang juga ke rumah setelah keluarga kawan MI tu datang menasihatinya. Kesian jugak dengan kawan MI ni sebab boleh dikatakan kawan MI ni menyara hidup keluarganya. Gaji suaminya tidak besar dan hampir 100% keperluan rumah, susu dan pempers anak, sewa, serta bil dibayar oleh kawan MI. (MI rasa lumrah sekarang ni gaji isteri lebih besar dari suami).

Pelik juga MI. Mengapa perlu melibatkan menantu dalam hal pinjaman bank bertujuan untuk kehidupan mereka sekeluarga? Menantu perempuan pula tu. Sedangkan tanggungjawab suaminya dan adik-beradik suaminya lah yang patut membantu keluarga. Namun suami pulak yang sama-sama menganiaya isteri dan bersekongkol dengan keluarganya setelah pengorbanan si isteri yang sanggup membantu keluarga suami, yang jelas bukan tanggungjawabnya. Si menantu ini telah menolong secara ikhlas, mengapa mertua itu harus menganiaya menantu sebegitu rupa? Dalam kes kawan MI ni, difahamkan ipar duai pun turut masuk campur walaupun tidak tahu pokok pangkal cerita. MI rasa di sini si suami tak bertindak dengan betul mengikut panduan Islam dan mementingkan diri. Jika begitu, mengapa

Di sini MI nak jelaskan tanggungjawab suami terhadap ibu bapa dan nafkah.

Pertama, ibu bapa yang sudah tua wajib dijaga oleh anak kandung mereka sendiri, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Tidak disebut pun menantu wajib menjaga ibu-bapa suami sekiranya susah atau sakit - cuma adalah lebih baik jika menantu ingin membantu.

Kedua, menantu tidak perlu mengutamakan keluarga suami atau ipar duai sebelah suami kerana tanggungjawab isteri adalah taat kepada suami.

Ketiga, pendapatan isteri adalah hak isteri. Berdosa sekiranya suami mengambil hak isteri tanpa izin. Nafkah terhadap keluarga juga adalah tanggungjawab suami. Isteri berhak untuk tidak memberi wang pendapatan kepada suami walaupun diminta dan tidak jatuh dosa. Namun, isteri berhak membantu meringankan beban suami untuk hal-hal rumahtangga. Walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri, tanggungjawab suami dalam memberi nafkah tidak hilang

Keempat, dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.


(sumber: Laman Soal Jawab Agama)

Memang bukan tanggungjawab seorang isteri untuk membantu ahli keluarga suami terutama berkaitan hal kewangan. Dah jelas di atas, si suami yang patut menyara isteri dan keluarganya sendiri. 
Ramai orang tidak faham komplikasi membuat pinjaman untuk orang lain. Membuat loan adalah satu komitmen yang besar sebenarnya. Ianya bukan perkara simple dan bukan jalan penyelesaian untuk semua perkara. Bagi kes kawan MI ni, mereka pasangan baru berkahwin yang tinggal di KL. Umum dah tau kos sara hidup di KL mcm mana. Mesti nak ada kereta atau motor. Kalau dah ada kereta atau motor, pegi mana-mana, mesti nak isi petrol, mesti kena bayar tol dan parking. Dan kalau belum ada rumah, suatu hari nanti pasti nak ada rumah sendiri.

 Banyak perkara perlu difikirkan sebelum membuat pinjaman untuk orang lain.

Dalam kes kawan MI ni, dia sendiri dah maklum tentang risiko/kesusahan yang dia akan alami akibat membuat loan untuk keluarga suaminya sekiranya dia ingin membeli rumah nanti. Bank kan kita mengikut komitmen, so, bila komitmen dah makin besar dan panjang, peluang untuk dapat membeli rumah dengan harga sekarang ni mungkin sukar.

Bab duit ni tak boleh main-main. MI pun pernah terkena juga. Memang sakit hati sangat. Bagi MI, untuk bab-bab pinjaman ni, kalau tak mampu, buatlah cara tak mampu. Ukur baju di badan sendiri. Ada sebab mengapa permohonan pinjaman tu tak diluluskan atau amaun dikurangkan. Kalau sampai dua tiga bulan bayaran ansuran tertunggak, bermakna memang tak mampulah tu.

Buat pembaca blog MI, berhati-hati dalam buat pinjaman untuk orang lain walaupun untuk keluarga sendiri. Kalau demi ibu/ayah, biarlah anak sendiri yang buat, tak perlu guna nama menantu atau sesiapa. Biarlah nak kata apa pun. Tanamkan prinsip ni dalam hidup supaya tak sengsara di kemudian hari.

Apapun, kesian kawan MI terpaksa menanggung hutang demi orang lain. Orang-orang tu pula tidak tahu menghargai. Itulah asam garam hidup berumahtangga. Lain orang lain pula dugaannya.

Banyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam rumahtangga.
P/S~ Bila dengar cerita macam ni, MI pun rasa tak happy. Kena dengar ceramah Ustaz Kazim ni. Huhuu.

Wednesday 13 February 2013

Pengalaman membeli online

Online shopping bukan lagi perkara pelik zaman ni. Di negara maju macam Jepun dan Korea, semua perkara boleh dikatakan nak dijual online. Kehidupan wireless dan Internet tu dah jadi sebahagian hidup mereka. Order makanan pun through Internet tau dan diorang dah start lebih 5 - 6 tahun yang lepas.

Macam MI sendiri, dah terjebak dengan pembelian online buat sekian lamanya dan akhirnya terlibat dengan penjualan online secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, kena hati-hati juga sebab ramai yang dah tertipu. Kat sini MI nak share tentang pengalaman MI sendiri berjual beli melalui Internet.

MI mula berjinak-jinak dengan jual beli Internet sejak MI mula bekerja. Seingat MI barang pertama MI beli adalah pil Jamu Mak Dara. Haa..kelas MI kan. Masa tu MI dah mula gunakan Maybank2u, so, senang nak bayar, tinggal tunggu barang aje.

Selepas dari tu, bila penjualan di Internet di Malaysia makin berkembang, MI pun start beli itu ini. Dari pil hingga ke makanan tambahan, semuanya MI nak cuba. Ada yang berkesan ada yang kurang berkesan. Masker lah, kolagen la, pil gluta lah. Sebut je, semua MI dah pernah beli.



Antara beauty product yang MI pernah beli melalui online (pengakuan ikhlas ni hihii)

Sekarang makin rancak bila dah ada Zalora, poplook dan macam-macam lagi yang MI sendiri dah tak terkejar. Actually bagi MI, menjimatkan sebenarnya membeli melalui Internet. Pertama tak perlu keluar duit tol, parking dan jimat petrol. Bila dah keluar, mesti kita nak makan, so dah jimat lagi kat situ. Kedua yang paling penting, badan pun tak penat. Ketiga, kurang la risiko kena "cheese" dgn AES atau kemalangan. Kalau MI nak sebut kelebihan, memang boleh jadi cerpan (cerita panjang) hehe..

Talking about Zalora - website ni di waktu awal kemunculannya, ia sangat hot dengan traffic melimpah-ruah dek kerana publisiti yang meluas. Sape yang tak tau iklan Zalora nie:



Dengar sini, jangan..jangan bagitau adik, girlfriend, isteri, kakak, ibu mertua tentang laman web zalora.com.my. Tau tak, portal online untuk baju dan kasut yang besar giler tu? Kasut..baju..beg..beratus jenama, beribu gaya. Dan yang paling giler lagi, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma!


Sewaktu MI order dua item dengan Zalora, MI terpaksa berdepan dengan macam-macam hal. Mula-mula email kata stok takde selepas pembayaran dibuat tapi tak diberitahu pulak tentang refund. Then terpaksa call hotline Zalora berkali-kali, last sekali kata nak bagi store credit, tapi tunggu coupon tak sampai-sampai. MI jadi give up dan malas dah nak call. Seminggu lebih jugaklah MI wat tak tau, tetiba last-last dapat pulak barangnya sampai di rumah MI. Tapi MI have to say, yang customer service Zalora memang bagus sebab tetap beri layanan yang sopan walaupun kita dah marah-marah. Ini cerita tahun lepas.

Baru ni MI ade order lagi dengan Zalora. Kali ni nampaknya diorang dah improve service, takde lagi kerenah seperti sebelum ni. Pendek kata, bagi MI, kalau you all nak beli dengan Zalora sekarang, it's okay sebab ada improvement di situ. Tapi untuk haters, lebih baik jangan beli sebab anda jugak yang sakit hati nanti hehe..

MI pernah juga membeli kat ebay UK. Masa tu MI still a pregger, mencari breast milk pump Philip Avent. Pump manual je. Sebab MI tengok even Manjaku Baby Centre pun jual mahal - dalam range RM300 - RM600. MI cuba survey online pun paling murah ada offer RM180. Beli dari UK memang berbaloi, only cost me dalam GPB21. Masa tu exchange rate dalam 4.9 so dalam RM103 je. Lepas dari tu, MI terus beli dari seller yang sama untuk beli starter pack yang ade dua botol susu 4oz dan dua botol susu 8oz, including teether dan brush dengan harga yang lebih kurang sama. Memang berbaloi sangat sebab dapat super jimat.


Manual breast pump yang MI beli melalui ebay UK. Kotak tu kemek sikit tapi Alhamdulillah barang still ok. Cuma rezeki susu yang kurang :(

MI pernah juga membeli dengan blogger. Even untuk tudung kawen ala Aida Gadis Melayu yang MI pakai dulu pun MI sewa dengan blogger. Untung sangat sebab tudung tu match sesangat dengan baju wedding MI untuk majlis sebelah pihak lelaki. Daripada kena tempah bayar sampai tiga empat ratus, MI sewa dengan harga RM50 jer, then MI pos semula pada owner. Jangan tak tau MI ni memang cheapskate. Hihii..


 Ni la tudung yang MI maksudkan (boleh pakai ke belakang spt scarf atau pin di depan)

Setakat hari ni, MI masih percaya dengan urusan melalui Internet. Namun, kalau membeli dari website luar negara tu, wajib hati-hati. Pastikan ada akaun paypal supaya transaksi lebih terjamin. Bagi yang menggunakan kad kredit, pastikan jangan dedahkan the last 3-digit code at the back of your credit card pada sesiapa pun termasuk pihak bank. Bahaya tu. Ada yang call berpura-pura dari pihak bank dan minta kita bacakan 3 digit security code tu. Anda jugak perlu tau walaupun guna kredit kad, segala transaksi ada password melalui visa/mastercard securepayment. Untuk transaksi menggunakan kad kredit buat pertama kali, bank akan call pemegang kad untuk memberi satu pin code. Ini untuk elakkan kad kredit digunakan oleh orang lain untuk buat transaksi online. So, jaga telefon anda dan wallet anda setiap masa.


 Jangan sesekali dedahkan security code kepada SESIAPA walaupun pihak bank sendiri

MI belum pernah ada pengalaman kena tipu lagi melalui urusan jual beli online. Setakat ni lah, dan harap-harap takkan lah sampai bila-bila. But MI pernah lihat ramai orang kena tipu masa urusan beli baju RTW di page Facebook Jovian Mandagie masa raya tahun lepas. Eh MI pun beli sampai dua pasang taww..jangan tak tau hehe. Pada masa tu, ramai yang komplen size baju RTW Jovian terlalu besar. Biasanya size designer selalu kecik-kecik dari size normal hatta size L pun macam size S. Tapi RTW Jovian ikut size normal macam di luar. So, ramailah yang nak let go atau tukar suka sama suka. Yang tak bestnya, ada yang ambil kesempatan dengan create fake account, canang kat page JM kononnya ada RTW nak let go, bila buyer dah bank-in terus delete account dan senyap. Siap amek harga baju paling mahal tauu.. 400 lebih tuu... Yang MI ingat salah sorang penipu tu lelaki tau! Ape la cerita jantan beli RTW Jovian ni. MI sendiri tengok beratus-ratus orang advertise kat fanpage dia setiap hari. Memang susah nak detect sape penipu, sape genuine kan.

Memang kecoh sangat masa ni siap ada yang buat report polis. Tapi polis tak boleh buat apa-apa kalau setakat sorang dua yang buat aduan. Begitulah ceritanya, duit tu pun burn. So, jgn percaya bulat-bulat. Lebih baik kalau face to face - jumpa then cash and carry. Kalau orang tu tipu, dah tentu dia takkan muncul kan? Apa pun, yang tipu duit orang tu takkan selamat. Rasanya dia dapat duit tu sekelip mata je habis dan mesti lepas tu hidup tak bertambah senang.


Ini Jaida yang MI beli dari blogger Tengku Rinanda. Baju ni MI dah jual lepas pakai dua kali melalui online. *ada lagi satu hehe*



Selalunya, MI hanya akan percaya bila seller atau buyer tu ada blog, website, atau ada testimoni, seperti yang ada dalam ebay. Walaupun ebay dipantau ketat tapi harus hati-hati juga, kena tengok rekod dan komplen oleh buyer sebelum ni. Ada yang dah bayar, barang tak sampai-sampai atau barang rosak. Yang rugi kita juga nanti.

Kadangkala bila terlalu banyak sangat masalah teknikal pun boleh merugikan kita. Barang kita sampai lambat, terpaksa buat banyak panggilan, masa terbuang, tenaga terbuang, fikiran pun letih. Walaupun sesuatu website tu nampak gah dan mendapat publisiti besar-besaran, tak bermaksud urusan akan jadi lebih mudah. MI pernah membeli satu item di Groupon, MI dah buat bayaran dan amaun pun dah ditolak dari akaun bank. Tak lama selepas tu tiba-tiba dapat email mengatakan transaksi gagal. Mungkin juga bukan salah pihak Groupon kerana mereka menggunakan third party untuk sebarang urusan pembelian melalui website mereka. MI check statement online pun takde pulak didebitkan balik amaun tu ke akaun bank MI. Sampai sekarang pun MI masih tak dapat refund tapi MI jadi tak kisah sebab amaun nye kecil je - RM39.

Tapi bila fikir-fikir balik RM39 tu banyak benda boleh buat kan? Sedekah pun lagi bagus.

Oh ye, satu lagi komen MI tentang membeli online. Tak semestinya ianya nampak cantik pada model akan nampak cantik pada kita. Tapi MI rasa you all semua cantik-cantik belaka tak macam MI, kena pilih baju yang betul baru nampak cantik (cehh low self esteem la ni). Sama jugak macam size. Measuring tape tu wajib ade kalau nak beli baju. Make sure ukuran tu fit dengan kita. MI dah terkena banyak kali sebab MI ni dah kembang lepas bersalin, MI bajet kurus ingat bole fit lagi free size. Banyak juge la baju MI yang terbiar tak pakai-pakai. 

 Ni baju yg paling recent MI beli dengan Zalora kerana MI bajet maseh kurus semasa online shopping (from: Something Borrowed)

 Disebabkan Zalora guna size chart sebegini, MI tak dapat nak teka apa size terbaru MI selepas bersalin (sesetengah website gunakan chart ukuran rather than size) Credit to: Zalora


Tengok lah kalau MI nak wat sale besar-besaran nanti, MI nak let go semua. Buat masa ni MI harap dapat kurus dan bole pakai semua baju-baju tu.

Semua komen di atas berdasarkan pengalaman MI dan pemerhatian depan bijik mata MI, bukan pengalaman orang lain mahupun alien. Kalau you all ada pandangan berbeza, ianya adalah hak individu. Kalau kita sama-sama kongsi, masing-masing dapat manfaat, ye tak gitu?

Monday 11 February 2013

Sany Char Kuay Teow

MI ni bila lapar mulalah terbayang makanan itu, makanan ini. Kalau ikutkan hati, MI ni jenis sanggup menapak demi nak dapatkan makanan yang terbaik. Sebab tu lah berat susah nak turun.

Bercakap pasal makanan ni, MI memang gemar sangat dengan makanan. MI ni kira bukan orang utara. Orang pantai timur lagilah bukan. Orang selatan pun bukan. Orang KL pun tidak, jauh sekali orang Borneo. Kiranya MI ni orang Malaysia lah ye. 

Tapi MI memang gemar dengan makanan dari setiap zon ni. Contohnya masakan pantai timur, nasi kerabu dengan solok tu memang favourite MI. MI paling suka kerabu kelapa makan dengan budu, dicampur dengan solok. Lagi-lagi kalau dapat lauh ayam percik atau daging bakar. Hisy, tulis tentang nasi kerabu ni pun dah boleh buat MI terliur. Fokus MI, fokus.

Kalau masakan utara, boleh dikatakan hampir semua masakan MI suka. MI belajar makan makanan utara masa MI study kat Kolej Matriks di utara. 

Sebut tentang masakan utara ni, sebulan lepas MI pergi bercuti bersama keluarga di Penang. Siapa yang tak tahu, Penang ni memang syurga makanan kan. Sebelum ni MI memang dah biasa pegi Penang untuk urusan kerja. Setiap kali singgah Penang, MI memang takkan lepas nak merasa seafood dan yang paling special - Sany Char Kuay Teow.

Terletak berhampiran dengan Tokong Ular, MI selalu order "Special" dan confirm MI akan ambil cili jeruk. Udangnya dalam 5 ekor tapi rasanya fresh, tak seperti macam udang putih yang kita selalu beli di Tesco.

Beginilah rupanya kedai Sany Char Kuay Teow di Penang tu

Pada suatu hari yang lain, ditakdirkan MI telah lalu lalang di Bandar Saujana Putra untuk masuk ke SKVE, MI singgah di kawasan perumahan dan ternampak gerai Sany Char Kuay Teow yang baru dibuka. Gembira bukan kepalang MI bila gerai makanan kegemaran tak perlu drive jauh-jauh ke Penang, ada di Selangor sahaja. 

Kedai Sany Char Kuay Teow di Bdr Saujana Putra siap letak telur mata (kuning telur separa masak)

Rasanya? Emm, memang sebijik sama seperti di Penang. Rasanya memang cukup dengan kerang, tauge, udang, termasuklah cili jeruk - semuanya dikekalkan! Selepas makan, MI dapati rupanya gerai ni pun ada jual sate ikan, seperti yang selalu dijual di pantai timur. Jarang tu dapat jumpa di area Selangor/KL.

Tak rugi MI datang sini. Makan sedap. Suasana pun ok, tak hiruk pikuk seperti pasar tapi masih ada elemen gerai. Yang menguruskan gerai ini pun orang-orang muda (mungkin juga mereka ni pekerja). MI rasa tak lama lagi pasti gerai ni popular.

Saturday 9 February 2013

Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur



Terletak berdekatan dengan Pudu, dan tentu ramai akan nampak bangunan ini semasa driving - Kenanga Wholesale Complex. Sekitar kawasan ini digelar Kenanga City kerana menjadi satu pusat borong bagi pakaian dan aksesori macam handbags, kasut, etc. MI pun tak ketinggalan jugak nak melihat-lihat kawasan ni, memandangkan dekat jer dengan rumah MI. Tempat ni tak susah jugak nak cari untuk first timer, trademark untuk menuju ke sini adalah tapak Penjara Pudu atau Bangunan Maybank.

MI tak sesat pun sebab MI pakai navigator GPS yang paling cool abad ini - Waze. MI akan cerita tentang Waze kemudian okay?

Buat masa ini parking masih free. Sampai bila MI pun tak pasti. Agak ramai juga yang ke sini. Mungkin disebabkan tempat masih baru, jadi ramai yang tengok-tengok tempat ni kot.

Let's check out pic yang MI sempat snap!

 Directory agak bagus.

Escalatornya pun mudah dijumpai. Tak perlu nak menapak jauh-jauh.

Antara kedai yang sempat MI singgah

Walaupun cuma 7 tingkat, tapi penat juga


Mesti nak tau apa komen MI kan?

Bagi MI, kurang berbaloi lah ke sini. MI ni kan mama. So MI ni dah kembang sikit lah compare to zaman anak dara dulu. Kebanyakan attire kat sini semuanya free size - jenis yang kecik-kecik pulak tu. What makes it worst, takde fitting room, and if there is, it's not a proper one coz it's not intended to be a fitting room. 

It is said by every sellers that we will get better price only if we buy in wholesale. Well, MI doesn't think so. If wholesale price is that expensive, I cannot imagine how much will they offer for a retail price. Bukan apa, MI penah beli seluar yang sama di kampung MI at RM35, dan harga paling murah MI dapat selepas 'offer' is RM69 untuk material, design dan pattern yang sama.

Sorry to anyone who loves this place, cuma MI jugak rasa fashion nyer lebih kurang sama because it all actually comes from the same suppliers, I guess. Tiada kelainan. It is more to made in China and copycat fashion. I saw some of the items also sell online. Well, at least you can 'taste' it here.

Even the store is repetitive at most of the floor. For example, the La Miss store. Boleh check kat this website for the Kenanga Wholesale Story Directory: http://www.kenangacity.com.my/directory_lg.php




 


La Miss stores are at G floor, 3rd floor, TWO stores at 4th floor (3A floor), and 5th floor. And it is only one of those. Ada few lagi yang buka banyak-banyak kedai kat other floors. Well, there's actually nothing wrong with that, but, surely MI getting bored, and bukannya lagi excited bila tengok next floor - ohh same kedai and same thing, when I actually mencari something different.

Okay, itu je komen MI. Taknak lebih-lebih nanti kena pulak. Ini cuma personal komen berdasarkan waktu MI pergi ke sana. Cuma MI ingat MI akan balik dengan berbonjot-bonjot beg plastik tapi hampa. At least MI beli jugak la something untuk diri MI and anak MI.

Mungkin lepas 2-3 bulan, everything changes, who knows kan. Till then!

Sunday 27 January 2013

Debut

Kenali diriku sebagai Ms Ira - MI. Ini post pertama MI dalam blog ini. MI nak kongsikan 1/1,000,000 tentang kehidupan yang MI telah lalui dan bakal lalui.

Ini anak MI. Comel kan?



Sukar untuk tidak memperhatikan budak 10 bulan yang comel terutama ketika dia sedang tidur.


Cara tidur begini mungkin akibat pengaruh rakan serumah..err maksud MI daripada orang dewasa.

Baiklah. Itu sahaja buat kali ini. Mahu main tepuk amai-amai dengan budak kecik di atas.