Wednesday, 13 February 2013

Pengalaman membeli online

Online shopping bukan lagi perkara pelik zaman ni. Di negara maju macam Jepun dan Korea, semua perkara boleh dikatakan nak dijual online. Kehidupan wireless dan Internet tu dah jadi sebahagian hidup mereka. Order makanan pun through Internet tau dan diorang dah start lebih 5 - 6 tahun yang lepas.

Macam MI sendiri, dah terjebak dengan pembelian online buat sekian lamanya dan akhirnya terlibat dengan penjualan online secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, kena hati-hati juga sebab ramai yang dah tertipu. Kat sini MI nak share tentang pengalaman MI sendiri berjual beli melalui Internet.

MI mula berjinak-jinak dengan jual beli Internet sejak MI mula bekerja. Seingat MI barang pertama MI beli adalah pil Jamu Mak Dara. Haa..kelas MI kan. Masa tu MI dah mula gunakan Maybank2u, so, senang nak bayar, tinggal tunggu barang aje.

Selepas dari tu, bila penjualan di Internet di Malaysia makin berkembang, MI pun start beli itu ini. Dari pil hingga ke makanan tambahan, semuanya MI nak cuba. Ada yang berkesan ada yang kurang berkesan. Masker lah, kolagen la, pil gluta lah. Sebut je, semua MI dah pernah beli.



Antara beauty product yang MI pernah beli melalui online (pengakuan ikhlas ni hihii)

Sekarang makin rancak bila dah ada Zalora, poplook dan macam-macam lagi yang MI sendiri dah tak terkejar. Actually bagi MI, menjimatkan sebenarnya membeli melalui Internet. Pertama tak perlu keluar duit tol, parking dan jimat petrol. Bila dah keluar, mesti kita nak makan, so dah jimat lagi kat situ. Kedua yang paling penting, badan pun tak penat. Ketiga, kurang la risiko kena "cheese" dgn AES atau kemalangan. Kalau MI nak sebut kelebihan, memang boleh jadi cerpan (cerita panjang) hehe..

Talking about Zalora - website ni di waktu awal kemunculannya, ia sangat hot dengan traffic melimpah-ruah dek kerana publisiti yang meluas. Sape yang tak tau iklan Zalora nie:



Dengar sini, jangan..jangan bagitau adik, girlfriend, isteri, kakak, ibu mertua tentang laman web zalora.com.my. Tau tak, portal online untuk baju dan kasut yang besar giler tu? Kasut..baju..beg..beratus jenama, beribu gaya. Dan yang paling giler lagi, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma!


Sewaktu MI order dua item dengan Zalora, MI terpaksa berdepan dengan macam-macam hal. Mula-mula email kata stok takde selepas pembayaran dibuat tapi tak diberitahu pulak tentang refund. Then terpaksa call hotline Zalora berkali-kali, last sekali kata nak bagi store credit, tapi tunggu coupon tak sampai-sampai. MI jadi give up dan malas dah nak call. Seminggu lebih jugaklah MI wat tak tau, tetiba last-last dapat pulak barangnya sampai di rumah MI. Tapi MI have to say, yang customer service Zalora memang bagus sebab tetap beri layanan yang sopan walaupun kita dah marah-marah. Ini cerita tahun lepas.

Baru ni MI ade order lagi dengan Zalora. Kali ni nampaknya diorang dah improve service, takde lagi kerenah seperti sebelum ni. Pendek kata, bagi MI, kalau you all nak beli dengan Zalora sekarang, it's okay sebab ada improvement di situ. Tapi untuk haters, lebih baik jangan beli sebab anda jugak yang sakit hati nanti hehe..

MI pernah juga membeli kat ebay UK. Masa tu MI still a pregger, mencari breast milk pump Philip Avent. Pump manual je. Sebab MI tengok even Manjaku Baby Centre pun jual mahal - dalam range RM300 - RM600. MI cuba survey online pun paling murah ada offer RM180. Beli dari UK memang berbaloi, only cost me dalam GPB21. Masa tu exchange rate dalam 4.9 so dalam RM103 je. Lepas dari tu, MI terus beli dari seller yang sama untuk beli starter pack yang ade dua botol susu 4oz dan dua botol susu 8oz, including teether dan brush dengan harga yang lebih kurang sama. Memang berbaloi sangat sebab dapat super jimat.


Manual breast pump yang MI beli melalui ebay UK. Kotak tu kemek sikit tapi Alhamdulillah barang still ok. Cuma rezeki susu yang kurang :(

MI pernah juga membeli dengan blogger. Even untuk tudung kawen ala Aida Gadis Melayu yang MI pakai dulu pun MI sewa dengan blogger. Untung sangat sebab tudung tu match sesangat dengan baju wedding MI untuk majlis sebelah pihak lelaki. Daripada kena tempah bayar sampai tiga empat ratus, MI sewa dengan harga RM50 jer, then MI pos semula pada owner. Jangan tak tau MI ni memang cheapskate. Hihii..


 Ni la tudung yang MI maksudkan (boleh pakai ke belakang spt scarf atau pin di depan)

Setakat hari ni, MI masih percaya dengan urusan melalui Internet. Namun, kalau membeli dari website luar negara tu, wajib hati-hati. Pastikan ada akaun paypal supaya transaksi lebih terjamin. Bagi yang menggunakan kad kredit, pastikan jangan dedahkan the last 3-digit code at the back of your credit card pada sesiapa pun termasuk pihak bank. Bahaya tu. Ada yang call berpura-pura dari pihak bank dan minta kita bacakan 3 digit security code tu. Anda jugak perlu tau walaupun guna kredit kad, segala transaksi ada password melalui visa/mastercard securepayment. Untuk transaksi menggunakan kad kredit buat pertama kali, bank akan call pemegang kad untuk memberi satu pin code. Ini untuk elakkan kad kredit digunakan oleh orang lain untuk buat transaksi online. So, jaga telefon anda dan wallet anda setiap masa.


 Jangan sesekali dedahkan security code kepada SESIAPA walaupun pihak bank sendiri

MI belum pernah ada pengalaman kena tipu lagi melalui urusan jual beli online. Setakat ni lah, dan harap-harap takkan lah sampai bila-bila. But MI pernah lihat ramai orang kena tipu masa urusan beli baju RTW di page Facebook Jovian Mandagie masa raya tahun lepas. Eh MI pun beli sampai dua pasang taww..jangan tak tau hehe. Pada masa tu, ramai yang komplen size baju RTW Jovian terlalu besar. Biasanya size designer selalu kecik-kecik dari size normal hatta size L pun macam size S. Tapi RTW Jovian ikut size normal macam di luar. So, ramailah yang nak let go atau tukar suka sama suka. Yang tak bestnya, ada yang ambil kesempatan dengan create fake account, canang kat page JM kononnya ada RTW nak let go, bila buyer dah bank-in terus delete account dan senyap. Siap amek harga baju paling mahal tauu.. 400 lebih tuu... Yang MI ingat salah sorang penipu tu lelaki tau! Ape la cerita jantan beli RTW Jovian ni. MI sendiri tengok beratus-ratus orang advertise kat fanpage dia setiap hari. Memang susah nak detect sape penipu, sape genuine kan.

Memang kecoh sangat masa ni siap ada yang buat report polis. Tapi polis tak boleh buat apa-apa kalau setakat sorang dua yang buat aduan. Begitulah ceritanya, duit tu pun burn. So, jgn percaya bulat-bulat. Lebih baik kalau face to face - jumpa then cash and carry. Kalau orang tu tipu, dah tentu dia takkan muncul kan? Apa pun, yang tipu duit orang tu takkan selamat. Rasanya dia dapat duit tu sekelip mata je habis dan mesti lepas tu hidup tak bertambah senang.


Ini Jaida yang MI beli dari blogger Tengku Rinanda. Baju ni MI dah jual lepas pakai dua kali melalui online. *ada lagi satu hehe*



Selalunya, MI hanya akan percaya bila seller atau buyer tu ada blog, website, atau ada testimoni, seperti yang ada dalam ebay. Walaupun ebay dipantau ketat tapi harus hati-hati juga, kena tengok rekod dan komplen oleh buyer sebelum ni. Ada yang dah bayar, barang tak sampai-sampai atau barang rosak. Yang rugi kita juga nanti.

Kadangkala bila terlalu banyak sangat masalah teknikal pun boleh merugikan kita. Barang kita sampai lambat, terpaksa buat banyak panggilan, masa terbuang, tenaga terbuang, fikiran pun letih. Walaupun sesuatu website tu nampak gah dan mendapat publisiti besar-besaran, tak bermaksud urusan akan jadi lebih mudah. MI pernah membeli satu item di Groupon, MI dah buat bayaran dan amaun pun dah ditolak dari akaun bank. Tak lama selepas tu tiba-tiba dapat email mengatakan transaksi gagal. Mungkin juga bukan salah pihak Groupon kerana mereka menggunakan third party untuk sebarang urusan pembelian melalui website mereka. MI check statement online pun takde pulak didebitkan balik amaun tu ke akaun bank MI. Sampai sekarang pun MI masih tak dapat refund tapi MI jadi tak kisah sebab amaun nye kecil je - RM39.

Tapi bila fikir-fikir balik RM39 tu banyak benda boleh buat kan? Sedekah pun lagi bagus.

Oh ye, satu lagi komen MI tentang membeli online. Tak semestinya ianya nampak cantik pada model akan nampak cantik pada kita. Tapi MI rasa you all semua cantik-cantik belaka tak macam MI, kena pilih baju yang betul baru nampak cantik (cehh low self esteem la ni). Sama jugak macam size. Measuring tape tu wajib ade kalau nak beli baju. Make sure ukuran tu fit dengan kita. MI dah terkena banyak kali sebab MI ni dah kembang lepas bersalin, MI bajet kurus ingat bole fit lagi free size. Banyak juge la baju MI yang terbiar tak pakai-pakai. 

 Ni baju yg paling recent MI beli dengan Zalora kerana MI bajet maseh kurus semasa online shopping (from: Something Borrowed)

 Disebabkan Zalora guna size chart sebegini, MI tak dapat nak teka apa size terbaru MI selepas bersalin (sesetengah website gunakan chart ukuran rather than size) Credit to: Zalora


Tengok lah kalau MI nak wat sale besar-besaran nanti, MI nak let go semua. Buat masa ni MI harap dapat kurus dan bole pakai semua baju-baju tu.

Semua komen di atas berdasarkan pengalaman MI dan pemerhatian depan bijik mata MI, bukan pengalaman orang lain mahupun alien. Kalau you all ada pandangan berbeza, ianya adalah hak individu. Kalau kita sama-sama kongsi, masing-masing dapat manfaat, ye tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda!