Monday, 11 February 2013

Sany Char Kuay Teow

MI ni bila lapar mulalah terbayang makanan itu, makanan ini. Kalau ikutkan hati, MI ni jenis sanggup menapak demi nak dapatkan makanan yang terbaik. Sebab tu lah berat susah nak turun.

Bercakap pasal makanan ni, MI memang gemar sangat dengan makanan. MI ni kira bukan orang utara. Orang pantai timur lagilah bukan. Orang selatan pun bukan. Orang KL pun tidak, jauh sekali orang Borneo. Kiranya MI ni orang Malaysia lah ye. 

Tapi MI memang gemar dengan makanan dari setiap zon ni. Contohnya masakan pantai timur, nasi kerabu dengan solok tu memang favourite MI. MI paling suka kerabu kelapa makan dengan budu, dicampur dengan solok. Lagi-lagi kalau dapat lauh ayam percik atau daging bakar. Hisy, tulis tentang nasi kerabu ni pun dah boleh buat MI terliur. Fokus MI, fokus.

Kalau masakan utara, boleh dikatakan hampir semua masakan MI suka. MI belajar makan makanan utara masa MI study kat Kolej Matriks di utara. 

Sebut tentang masakan utara ni, sebulan lepas MI pergi bercuti bersama keluarga di Penang. Siapa yang tak tahu, Penang ni memang syurga makanan kan. Sebelum ni MI memang dah biasa pegi Penang untuk urusan kerja. Setiap kali singgah Penang, MI memang takkan lepas nak merasa seafood dan yang paling special - Sany Char Kuay Teow.

Terletak berhampiran dengan Tokong Ular, MI selalu order "Special" dan confirm MI akan ambil cili jeruk. Udangnya dalam 5 ekor tapi rasanya fresh, tak seperti macam udang putih yang kita selalu beli di Tesco.

Beginilah rupanya kedai Sany Char Kuay Teow di Penang tu

Pada suatu hari yang lain, ditakdirkan MI telah lalu lalang di Bandar Saujana Putra untuk masuk ke SKVE, MI singgah di kawasan perumahan dan ternampak gerai Sany Char Kuay Teow yang baru dibuka. Gembira bukan kepalang MI bila gerai makanan kegemaran tak perlu drive jauh-jauh ke Penang, ada di Selangor sahaja. 

Kedai Sany Char Kuay Teow di Bdr Saujana Putra siap letak telur mata (kuning telur separa masak)

Rasanya? Emm, memang sebijik sama seperti di Penang. Rasanya memang cukup dengan kerang, tauge, udang, termasuklah cili jeruk - semuanya dikekalkan! Selepas makan, MI dapati rupanya gerai ni pun ada jual sate ikan, seperti yang selalu dijual di pantai timur. Jarang tu dapat jumpa di area Selangor/KL.

Tak rugi MI datang sini. Makan sedap. Suasana pun ok, tak hiruk pikuk seperti pasar tapi masih ada elemen gerai. Yang menguruskan gerai ini pun orang-orang muda (mungkin juga mereka ni pekerja). MI rasa tak lama lagi pasti gerai ni popular.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda!